Yayasan Al Madaniah (YAM) merupakan sebuah yayasan yang ditubuhkan untuk menjalankan aktiviti berteraskan pendidikan, kebajikan dan kemanusiaan.
YAM beribupejabat di Kuala Lumpur dan mempunyai pejabat cawangan di Pekan, Pahang.
Secara spesifik, YAM memberi tumpuan pada usaha dan aktiviti membantu anak-anak huffaz, anak-anak yatim dan asnaf, belia dan seterusnya kepada golongan yang memerlukan bantuan dalam kehidupan mereka.