Pada hari Ahad 12hb Okt 2025, Program Gotong Royong Baik Pulih Rumah Mangsa Bencana anjuran bersama Yayasan Al-Madaniah dan JPKK Kg Baru telah diadakan di Perumahan Komuniti Kg Baru, RKT Salong, bagi membantu kediaman Puan Rahasnorhidayah binti Rahmat yang terjejas akibat bencana.
Terima kasih juga buat Tn Norisam Bin Ismail, Penghulu Penyor 1, Tok 4 Rumlee bin Deris dan JPKK Kg Baru, En Zaki Mat Saman, En Ridzuan Johar ( Wan Joe), En Mat Zaki bin Saman, Tok 4 Ramli bin Omar, yang turut sama turun membantu.
Inisiatif ini bukan sekadar usaha membaiki rumah yang rosak, tetapi lambang ukhuwah Islamiah dan semangat kebersamaan yang dianjurkan oleh Islam — “Tidak beriman seseorang kamu sehingga dia mengasihi saudaranya seperti dia mengasihi dirinya sendiri.” (Riwayat Bukhari & Muslim)
Semoga usaha kecil ini menjadi asbab kebaikan, diberkati Allah SWT dan menjadi inspirasi kepada masyarakat untuk terus beramal, membantu dan menabur bakti tanpa mengira waktu. 

