Aktiviti
Yayasan Al Madaniah

Majlis Doa Selamat Dan Solat Hajat : Surau Sementara Batu 8, Lepar , Pekan Pahang

Syukur Alhamdulillah, pada malam ini Yayasan Al Madaniah dengan kerjasama JPKK Kg Bt 8 Lepar telah dapat mengadakan Majlis Solat Hajat, Yaasin dan Tahlil sempena Ramadan yang bakal tiba. Terima kasih kariah Kg Bt 8 Lepar yang hadir pada majlis ini.

Pada majlis ini saya sempat menyampaikan sumbangan kepada beberapa orang Warga Emas Kg Bt 8 Lepar.
Terima kasih kepada Tn Syed Kamaruzaman bin Syed Ibrahim, Pengerusi JPKK Bt 8 Lepar, Tok Imam Tn Hj Seman bin Abdullah dan semua ahli jawatankuasa surau yang sudi menerima saya pada kali ini. Terimakasih juga buat pembantu penyelaras DUN Pulau Manis En Shaharuddin bin Ahmad serta Dr Bosaidi bin Abdul Razak, yang sempat hadir bersama.
Di harapkan pihak berwajib dapat membantu mendapat bajet untuk pembinaan semula Masjid Bt 8 Lepar yang telah terbakar lebih 4 tahun lepas.
𝗦𝗲𝗹𝗮𝗺𝗮𝘁 𝗯𝗲𝗿𝗽𝘂𝗮𝘀𝗮 𝗱𝗶𝘂𝗰𝗮𝗽𝗸𝗮𝗻 𝗸𝗲𝗽𝗮𝗱𝗮 𝘀𝗲𝗺𝘂𝗮 , 𝗺𝗼𝗴𝗮 𝗽𝘂𝗮𝘀𝗮 𝗸𝗮𝗹𝗶 𝗶𝗻𝗶 𝗺𝗲𝗻𝗷𝗮𝗱𝗶 𝗽𝘂𝗮𝘀𝗮 𝘆𝗮𝗻𝗴 𝘁𝗲𝗿𝗯𝗮𝗶𝗸 𝗯𝘂𝗮𝘁 𝗸𝗶𝘁𝗮 𝘀𝗲𝗺𝘂𝗮.