Sumbangan Wakalah Serahan Cek kepada Pelajar
Alhamdulillah, usai sarapan saya terus bersama Cikgu Por ( En Mustafa bin Omar – Timb PPD Sektor Pengurusan Sekolah) bagi penyerahan cek sumbangan kepada adik Nur Asyirah binti Rosli, pelajar cemerlang yang telah berjaya melanjutkan pelajaran ke Universiti Malaya dalam bidang sains matematik.
Semoga bantuan ini memberi semangat baharu untuk beliau terus cemerlang. Terima kasih kepada semua pihak yang turut menjayakan usaha murni ini.
