Aktiviti
Yayasan Al Madaniah

ZIARAH KASIH ANAKANDA MUHAMMAD ALIFF DANIAL

Usai urusan kerja, saya terus menziarahi adik Muhammad Aliff Danial bin Ahmad Shukry yang baru sahaja mendapat tawaran melanjutkan pelajaran ke program matrikulasi UIA di kampus Gambang Kuantan.
Danial adalah anak sahabat baik saya Arwah Ahmad Syukri bin Dato Abdul Wahab, mantan pengerusi JPKK Kg Parit Pekan. Moga Allah swt cucuri rahmat ke atas rohnya.
Buat anakanda Danial diucapkan selamat berjaya sebagai mahasiswa, moga dipermudahkan urusan.