Aktiviti
Yayasan Al Madaniah

Ziarah Kasih Hj Mohd. Yusof bin Dato’ Khalid

Menziarahi Hj Mohd. Yusof bin Dato’ Khalid yang sedang menerima rawatan di Ward Kaji Saraf, Hospital Kuala Lumpur (HKL).
Kehadiran ini sebagai tanda ukhuwah dan keprihatinan, sambil menitipkan doa agar Allah SWT mengurniakan kesembuhan, kekuatan serta ketabahan buat beliau dan keluarga.
“Allah tidak menurunkan sesuatu penyakit melainkan Dia juga menurunkan penawarnya.”
(Hadis Riwayat al-Bukhari)
Semoga Allah SWT mempermudahkan segala urusan dan mengangkat segala kesakitan sebagai penghapus dosa. Aamiin Ya Rabbal ‘Alamin.
#ziarahkasih
#yayasanalmadaniah
#pekapanakpekan