Aktiviti
Yayasan Al Madaniah

Ziarah Kasih Kampung Permatang Pauh, Pekan

Ziarah Kasih Yayasan Al Madaniah
📍 Kg Permatang Pauh
Seterusnya, saya menziarahi kediaman warga emas Pn. Zainor binti Mat Zain dan En Md Yusof bin Tallib, yang kini dalam keadaan teramat uzur.
Alhamdulillah, kunjungan kecil ini memberi ruang untuk bertanya khabar, serta menyampaikan sedikit sokongan bagi meringankan beban yang ditanggung.
Terima kasih kepada Tok 4 Nasrul Hakim bin Mat Daud merangkap dan Pengurus MUIP Daerah Pekan yang turut sama hadir memberikan maklumbalas dan pandangan untuk usaha baik pulih rumah pasangan ini.