Aktiviti
Yayasan Al Madaniah

ZIARAH KASIH PERANTAUAN

ZIARAH KASIH PERANTAUAN DI RAWANG
Memulakan tahun baru 2026, Yayasan AlMadaniah bersama yang di ketuai Sdr Megat Sallehuddin bin Hj Husin berkesempatan menziarahi saudara Khairul Azwan bin Ismail
yang sedang diuji dengan beberapa masalah kesihatan dirumah beliau di Rawang.
Ujian ini pastinya berat, namun ia juga menjadi peringatan buat kita semua tentang erti kesabaran, kecekalan dan kasih sayang sesama insan. Walaupun diuji dengan masalah kesihatan, anak kelahiran Ganchong ini tetap cekal menjalankan tugas sebagai Pengerusi persatuan penduduk di sini.
Semoga kehadiran kami ini sedikit sebanyak dapat menceriakan hati, membakar semangat serta menguatkan jiwa beliau dan keluarga.
Semoga ukhuwah anak-anak Pekan di perantauan terus utuh dalam kebersamaan kita.