Program Ziarah Kasih Yayasan Al Madaniah Bulan Ramadan telah dimulakan pada 23 dan 24 hb Mac.
Program pada 23 Mac telah diadakan di Sepekan Jaya dengan kunjungan ziarah kasih ke atas enam rumah yang terdiri dari pesakit kronik dan warga emas yang uzur.
Manakala pada 24 Mac Program Ziarah Kasih Yayasan Al Madaniah diteruskan dengan kunjungan ziarah kasih ke atas pesakit kemalangan di Kuala Pahang. Program Ziarah ini diteruskan ke Paloh Hinai dengan menziarahi beberapa pesakit kronik dan warga Emas.Moga sedikit bantuan ini dapat meringankan sedikit beban dan membantu keluarga terbabit.
SALAM RAMADAN AL MUBARAK
