Aktiviti
Yayasan Al Madaniah

Ziarah Kasih Tok Empat Suhaimi Ibrahim & Isteri

Melabuhkan tirai program ziarah kasih untuk tahun 2025 dengan menziarahi Tok 4 Suhaimi bin Ibrahim dan Pn. Norhayati binti Madzli, isteri Tok4 Kg Alor Ara, yang sedang diuji dengan masalah kesihatan sebagai tanda keprihatinan, sokongan moral dan ukhuwwah sesama kita. Semoga kunjungan ini memberi sedikit ketenangan dan kekuatan buat mereka berdua.
InsyaAllah jika direzekikan Allah swt program ziarah ini akan diteruskan pada tahun akan datang. Kepada sahabat- sahabat yang tidak sempat saya ziarahi lagi, saya memohon berbanyak maaf.
Saya panjatkan doa agar kalian diberi kesembuhan dan kesabaran sentiasa. InsyaAllah kunjungan ziarah akan diatur peringkat seterusnya. Moga segala usaha ini mendapat rahmat Ilahi.

#ziarahkasih
#doabaikbaik
#yayasanalmadaniah
#Pahang1st
#Majuteruspahang